3 Tips Mudah Untuk Kuruskan Badan Dalam Masa 7 hari

3 tips mudah untuk kurus dalam masa 7 hari

3 Tips mudah untuk kuruskan badan dalam masa 7 hari. Kedengarannya mudah. Marilah Ummi Su kongsikan tips ini ya. Cara kuruskan badan dengan cepat. Semua pun kita mahu cepatkan. Bagi Ummi Su sendiri, jauh perjalanan ini sebenarnya. Sebelum Ummi Su kongsikan tips mudah asalkan istiqamah, mari nak cerita dulu bagaimana Ummi Su bermula dari berat 3 angka. Ya! 3 angka dan berhempas pulas untuk turunkan ke 2 angka dalam masa setahun setengah. Yelah kan, untuk top up  timbunan lemak dalam badan tu bukan sehari je, nak turunkan tentu sahaja makan masa yang lama. Gambar di atas ni, adalah gambar Ummi Su sebelum & selepas. Pakaian sama, skirt je lain. Shawl pun sama ya kawan-kawan. Makanya Ummi Su dah cuba tips ni. Terbukti berkesan! Akan tetapi 3 tips mudah ni anda boleh buat dalam tempoh 7 hari untuk memulakan perjalanan untuk kuruskan badan.

Tips 1: Taubat! Pasang niat untuk sihat dan cergas serta ceria.

Sampai satu tahap Ummi Su penat jadi orang gemuk yang selalu sakit dan penat. Ummi Su lelah bila dilabelkan macam-macam. Ummi Su jadi risau bila jalan sikit dah mengah. Ummi Su baru di hujung 30-an.
Maka Ummi Su pasang niat untuk belajar bagi ubah cara hidup. Ummi Su gagahkan diri untuk jadi insan yang lebih bagus. Siapalah yang tidak berhadapan dengan tekanan kerja, urusan rumahtangga, komitmen lain yang begitu banyak memang melelahkan. Jadi pasang niat untul lebih sihat. Kenapa? Kerana tubuh badan ni amanah Allah untuk kita. Solat taubat. Mohon keampunan Allah dan kemudian pasang niat untuk lebih sihat-serius! Memang Ummi Su berdoa- Ya Allah, tunjukkanlah jalan untuk aku jadi lebih sihat, aku mahu turunkan berat badan, ya Allah. Ajaibnya, satu demi satu insan yang menawarkan bantuan tiba di depan mata.

Tips 2: Ubah gaya hidup.

Bagaimana? Ummi Su ubah gaya hidup. Mulakan dengan perkara mudah. Dulu tiada kasut sukan, Ummi Su beli kasut sukan dan beli pakaian sukan. Pada saiz 4XL bukan mudah untuk beli pakaian sukan. Semuanya sendat dan ketat. Akhirnya Ummi Su mix and match kan blouse yang besar dan tshirt besar tapi lengan pendek. Jadilah untuk permulaan sebelum Ummi Su jumpa nashata.com yang menawarkan pakaian sukan sesuai. Mula-mula beli baju tu saiz paling besar yang mereka ada tapi ketat pada Ummi Su. Pakai juga dan padankan dengan tudung yang labuh sedikit. Kemudian Ummi Su cari team yang ada aktiviti Zumba atau Aerodance setiap minggu. Mula-mula Ummi Su berzumba. Hmm…tidak mahu dikenang lagi saat itu. Baru 5 minit dan tercungap, rasa tak mampu bernafas, rasa sakit ruangan dada, rasa perut sakit, kaki sejuk dan tangan juga sejuk. Namun itulah permulaan dan sekarang dengan izin Allah, Ummi Su dan boleh beraktiviti Zumba atau aerodance selama 40-60 minit dengan tenang. Jika segan nak keluar, tidak jumpa team zumba. Jangan risau, makcik Leslie ada. Video di bawah ini adalah permulaan latihan cardio yang Ummi Su buat berselang dengan Zumba.

Owh, itu rupanya tips mudah kuruskan badan dalam masa 7 hari yang kedua!

Tips 3: Pilih makanan anda

Jadi, apakah tips mudah kuruskan badan dalam masa 7 hari yang ketiga? Pilih dan pilih dan pilih. Makan makanan yang betul-betul makanan. Ehhh…ada makanan tipu-tipu ke? Ya ada.

Sausage,  patty daging atau ayam, nugget yang berjenis-jenis.

Susu pekat manis, coklat, air jus buah dalam kotak dan pati sirap atau pati buah yang semuanya tinggi kandungan gula dan lemak tepunya.

Itu semua penuh dalam peti ais Ummi Su dulu.

Ubahlah pada susu segar. Ubahlah pada makan ayam, daging, ikan, udang dan telur atau apa sahaja sumber protein yang segar. Banyakkan sayuran dan buah-buahan segar (bukan buah dalam tin)

Kawan-kawan, tak rugi jika kita ambil makanan yang betul – betul makanan dan bukan makanan jadian yang kandungan nutrisi nya tu hampir nil dan ada pula bonus lemak tepu dan gula serta garam yang tinggi.

Semak apa yang ada dalam peti ais. Nilaikan. Fikir sebelum beli. Tips nya mudah- makanan segar dan asli. Bukan yang penuh dengan perisa dan pewarna tiruan. Kenapa begitu? Mudah-  Let food be your medicine..sebab makanan ni kita ambil hari-harikan.

Jika anda perlukan bantuan, Ummi Su sedia membantu.

Hubungi Ummi Su: www.ummisu.wasap.my

contact ummi su

4 thoughts on “3 Tips Mudah Untuk Kuruskan Badan Dalam Masa 7 hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *