Selamat hari raya Aidilfitri semua! Pasti meriahkan sambutan tahún ini. Lebih meriah hari raya dengan Shaklee!!
Tahun ini, Ummi Su dan keluarga menyambut Aidilfitri di rumah sendiri. Usai solat sunat aidilfitri, kami ke rumah kakak sulung di Nilai. Apabila Ayah Bonda telah tiada, rutin raya jadi lain. Kemeriahan takkan sama. Pada yang masih ada ayahanda bonda, gembirakan mereka, sayangi mereka, berbakti pada mereka sepenuh hati. Syukur atas segalanya.
Selepas berpuasa di bulan Ramadan, Syawal kita raikan dengan penuh kesyukuran. Perkara biasa kita pergi berziarah dengan banyak pilihan makanan terhidangkan. Waktu inilah kita nak nilai, berjaya atau tidak madrasah Ramadan kita lalui selama sebulan.
Ummi Su teruskan sahaja rutin pengambilan supplement Shaklee superit biasa. Belum mula lagi aktiviti bersenam di luar kerana cuaca panas dan sesekali hujab lebat ni.
Supplement apa yang Ummi Su ambil?
Setiap hari, memang Ummi Su ambil vitamin C, B Complex, ResV, CoQTrol dan Omega (pagi) dan Osteneutrix, DTX complex dan alfalfa selepas makan malam. Raya atau tidak, itulah rutin Ummi Su.
Kenapa Ummi Su tak ambil Vitalea? Multivitamin berusia lebih 100 tahun tu? Tak Bagus ke?
Ohhh bukan…cumanya, Ummi Su tidak sesuai mengambilnya asbab Ummi Su pembawa thalassemia yang bersimptom. Tidak sesuai mengambil supplement yang Mempunyai iron di dalamnya.
Set detox Shaklee pula, Ummi Su ambil? Ummi Su ambil alfalfa dan DTX complex. Jika perlu, Ummi Su akan ambil herblax.
Apa peranan DTX complex, alfalfa dan herblax ni?
1. DTX
Diformulasikan dari herba bermanfaat seperti ekstrak biji milk Thistle, cendawan reshi, schizandra, dandelion, articok dan kunyit. Bantu tubuh untuk menyingkirkan toksin dan mengembalikan dan mengekalkan kesihatan hati.
2. Alfalfa
Berasaskan alfalfa yang tinggi dengan serat pencernaan. Ia membantu pencernaan dan juga membantu mengimbangi kesan asid dari diet dan gaya hidup.
3. Herblax
Ia merupakan laksatif semulajadi berasal dari daun senna, digunakan secara tradisional, membantu melegakan sembelit ringan disebabkan oleh pengambilan air dan serat yang rendah.
Inilah 3 produk Shaklee untuk detox sistem pencernaan termasuk hati kita. Ummi Su pernah alami masalah enzim hati yang kurang sihat, dengan izin Allah setelah konsisten mengambil DTX complex, semuanya sudah normal kembali. Nikmat sihat!
Kenapa perlu Detoks?
Setiap hari badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, tekanan hidup dan gaya hidup yang mencabar. Pendedahan yang berterusan akan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin, makin lama organ pencernaan kita makin sukar untuk menjalankan fungsinya dengan optimum.
Ini menyebabkan kepada pengumpulan toksin yang banyak yang boleh membawa kepada pelbagai risiko penyakit.
Oleh itu, amalan detoks secara berkala amatlah penting untuk kesihatan yang berkualiti. Semuanya penting, detoks, gaya hidup dań pemakanan juga sama penting!
Jom cuba Set Detoks Shaklee sekarang.
Boleh klik link ni ya: htpps://tanyaummisu.wasap.my
Jika anda perlukan bantuan, Ummi Su sedia membantu.
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleeklang