Merancang Kehamilan dan Fasa Kehamilan

Fasa Pra-KehamilanMerancang kehamilan.

Menjadi ibu dan masuk ke alam keibuan merangkumi fasa pra-kehamilan dan juga fasa kehamilan bagi seorang wanita. Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpilan untuk berada di dalam fasa pra-kehamilan dan fasa kehamilan yang Ummi Su sebutkan tadi, betulkan? Setiap wanita yang di dalam rahimnya telah didiami oleh si kecil pasti merasai getaran hati setiap saat kerana, ya, dia sedang membawa satu lagi kehidupan ke dunia ini. Wanita, dengan tanggungjawab yang pelbagai, perlu bersedia untuk menjaga bayi dalam kandungan dan kemudiannya akan diteran keluar dari rahimnya apabila tiba masanya nanti.

Sebagai wanita, kita akan selalu pastikan semuanya akan teratur dan terjaga. Kepentingan yang lain akan jadi keutamaan kita. Akan tetapi, tahap kesihatan seorang wanita pada fasa pra-kehamilan adalah sangat penting ketika merancang kehamilan.

Kenapa ya?

Mudah sahaja, kesihatan seorang wanita pada fasa pra-kehamilan bukan sahaja akan meningkatkan kebarangkalian untuk seorang wanita itu hamil, malahan akan juga menjadi asas yang penting untuk perkembangan bakal cahayamata anda nanti ya ibu-ibu jelita sekalian.

Oleh itu, mengambil makanan yang bernutrisi semasa fasa pra-kehamilan dan semasa fasa kehamilan akan dapat membantu untuk:

  • Mengurangkan risiko kecacatan bayi
  • Perkembangan otak bayi
  • Mendapatkan berat badan optimum bagi bayi semasa kelahiran

Maka, apabila seorang wanita itu bersedia untuk masuk ke fasa kehamilan, fokusnya adalah untuk memastikan kesihatan nutrisi yang diambil kerana ianya adalah asas kepada kesihatan bayi dan semestinya si bakal ibu dan ini bermula pada fasa pra-kehamilan.

Selalunya Ummi Su perhatikan, wanita yang sedang membawa khalifah kecil di dalam rahimnya begitu berhati-hati dengan pengambilan makanan dan juga minumankan. Bagaimana pula dengan perancangan menjadi ibu? Apakah pelan nutrisi seorang wanita yang merancang untuk hamil ataupun sedang hamil?

Ummi Su dengan gembiranya mahu berkongsi tentang unsur nutrisi yang penting untuk bakal ibu sekalian pada fasa pra-kehamilan dan fasa kehamilan:

  1. Multivitamin – menyediakan asas kesihatan yang cemerlang
  2. Vitamin C – ia meningkatkan penyerapan zat besi dan menyokong system imun
  3. Vitamin B – terutamanya asid folic – kajian mendapati ianya menurunkan risiko kecacatan tiub neural
  4. Protein – membekalkan tenaga berterusan dan juga menyokong perkembangan fetus
  5. Kalsium – menyokong pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat pada bayi
  6. Omega 3 – menggalakkan otak dan juga penglihatan yang bagus untuk fetus
  7. Zat besi – menyokong pembentukan sel darah merah

Keperluan Wanita Mengandung ummisu.com

Ini keperluan asas yang bakal ibu perlukan. Persediaan dan perancangan menjadi ibu itu bukan bermula pada ketika dua garisan muncul pada alat penguji kehamilan tetapi lebih awal dari itu. Semoga kita semua menjadi ibu yang bersedia zahir dan batin untuk menjadi ibu pada si kecil-penyambung zuriat dan pengikat kasih.

Jika ibu hebat sekalian mahu terus melakukan pembelian, boleh terus ke link ini.

Ummi Su akan membantu setelah pembelian dilakukan untuk konsultasi percuma bagi mengoptimumkan kesan pengambilan set ini ya.

www.wasap.my/60193342654

Sihat Semulajadi. Cergas dan ceria. Matahari awesome.

contact ummi su

2 thoughts on “Merancang Kehamilan dan Fasa Kehamilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *