Jangan Percaya Shaklee Kisah Ummi Su

Jangan percaya Shaklee. Jika percaya, buruk padahnya. Amboi! Bukan main lagi ya ayat pembukaan.

Perkenalan Ummi Su dengan Shaklee sebenarnya lama juga. Rasanya dari tahun 2004 iaitu semasa kawan Ummi Su berikan Ummi Su set untuk kurus. Sungguh Ummi Su tak tahu tentang Shaklee waktu itu. Kemudian pada tahun 2011 Ummi Su mula membeli set untuk kurus. Nampak tak dengan jelas, mahu kurus itu adalah cita-cita yang konsisten. Insafnya sahaja yang belum. Marilah kita selusuri frequently asked question tentang Shaklee dan diriku.

FAQ #1: Kenapa Shaklee? Tak boleh ke beli supplement di kedai farmasi?

Ummi Su pilih Shaklee sebab percaya dengan ketelusan dan ketegasan Shaklee dari proses formulasi dan juga kawalan kualiti dari bahan mentah sehinggalah kepada proses kemasukan produk ke pasaran. Dalam kes ini, ada beberapa produk Shaklee yang terhenti dipasarkan di Malaysia kerana proses regulatori yang perlu dipenuhi oleh mereka sesuai dengan peraturan dari Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara. Walaupun produk tersebut laku keras istilahnya, tetap pihak Shaklee tegar menanti dan mematuhi keperluan regulatori. Contoh produk? Joint Health, Zinc Complex dan Vitamin C yang viral tu pun pernah terhenti seketika pemasarannya di Malaysia pada tahun 2013 rasanya.

FAQ #2: Apa beza produl Shaklee, ada evidence based research?

Ada. Shaklee antara pengeluar supplement yang sedia dinilai oleh kumpulan penyelidik bebas untuk pengguna yang menggunakan Shaklee dalam jangka masa panjang iaitu melebihi 20 tahun. Ummi Su akan tulis di entri lain berkenaan dengan Landmark Study ni ya. Landmark Study je? Bukannya boleh dipercayai pun Landmark Study tu. Sabar ya, jangan kecam Ummi Su dulu.

FAQ #3: Sejak bila Ummi Su mula terjebak secara sukarela dengan Shaklee?

Lama lah juga, macam Ummi Su cerita dari awal tadi, niat asalnya untuk kurus. Itu semua niat yang main redah sahaja. Ummi Su berdaftar sebagai ahli Shaklee ketika encik suami Ummi Su, Ayah Su mengalami gusi berdarah akibat bengkak yang tidak diketahui puncanya. Ummi Su pun hubungi sahabat Ummi Su yang kemudiannya menjadi upline Ummi Su, Puan Riza Afzan dari http://www.semulajaditerbaik.com. Bermula dengan sustained release vitamin C. Seminggu selepas mengambil vitamin C secara konsisten, masalah gusi bengkak dan berdarah Ayah Su lenyap. Nafas yang berbau pun sudah tiada. Kebetulan ketika itu Ummi Su akan ke Tanah Suci untuk ibadah umrah, terus Ummi Su bawa vitamin C ke sana. Selepas dari itu memang tak tukar dah dan Ummi Su mula percaya supplements. Sebelum ni Ummi Su penyokong tegar jangan percaya Shaklee ke? Panjang ceritanya. Entri lain ya.

FAQ #4: Ummi Su ni makan supplements sahajakah? Sudah tidak makan ubat-ubatan?

Sebagai seorang ahli farmasi berdaftar, bila sakit akut, macam dapat serangan migrane, Ummi Su tetap ambil ubat tahan sakit kerana Ummi Su perlu bekerja dan Ummi Su perlu ada quality of life yang bagus. Cumanya, dengan izin Allah, serangan tu dah sangat berkurang sekarang. Apabila Ummi Su demam, jika Ummi Su tak boleh bercuti, Ummi Su tetap amik paracetamol untuk turunkan suhu badan yang menjulang tinggi. Akan tetapi Ummi Su tambahkan dengan supplement supaya badan yang lemah dan sakit ni cukup zat dan vitamin. Tentu sahaja Ummi Su makan nasi, protein, sayuran dan buah-buahan. Cumanya makanan kita sekarang dah banyak lompong hasil campur tangan bahan kimia jadian. Konsepnya, yang tidak cukup dari pemakanan, kita lengkapkan dengan supplements. Untuk Ummi Su, Shaklee adalah jenama supplement pilihan Ummi Su. Maka, Ummi Su memang tidak setuju dengan kempen jangan percaya Shaklee tu. 😀

Jadi, itulah yang Ummi Su faham dan pegang, bukan ikut bacaan dari laman sesawang sahaja, Ummi Su ikuti kelas nutrisi, rujuk buku nutrisi, rujuk hasil penyelidikan dan juga merujuk kepada pakar nutrisi terlatih.

Makanya, pada Ummi Su, yang pernah obese teruk (sekarang masih obese tapi sudah hampir masuk kategori overweight sahaja) ini belajar bersungguh dan cuba kongsi dengan orang lain. Ingat lagikan, niat asal Ummi Su makan Shaklee dulu sebab nak kurus. Hahaha. Lepas nak kurus, makan sebab ada set penjagaan wajah pula. Hailah wanita.

Ada ramai ahli bawah empayar Matahari (kumpulan susur galur Ummi Su) yang sedang mekar berkembang. Ada yang makan sendiri (beli dengan harga ahli dan dapat rebate jika beli minimum 150UV) dan ada yang berbusiness macam Dr Nurjaya Sumiran, Puan Sarimah Salleh dan juga Puan Nafisah Musa.

Ummi Su akan sambung lagi kisah Shaklee dan diriku ini di posting akan datang. Jangan percaya Shaklee? Untuk Ummi Su, ianya adalah mitos sahaja.

Untuk konsultasi kesihatan dan gaya hidup sihat dan cergas, klik sahaja link ini:

www.wasap.my/60193342654

Sihat Semulajadi. Cergas dan ceria. Matahari awesome.

7 thoughts on “Jangan Percaya Shaklee Kisah Ummi Su

Leave a Reply to webmin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *