Ibu mengandung bengkak kaki dan cara atasinya. Ini adalah perkara yang walaupun biasa namun mendatangkan ketidakselesaan.
Semua bakal ibu adalah sangat istimewa! Ini pendapat Ummi Su dengan senyuman lebar. Tidak semua wanita dikurniakan Allah nikmat mengandung dan menjadi ibu. Mari jadikan diri cik puan semua sebagai ibu mengandung yang istimewa! Walaupun otot jadi tegang, simpul biawak nama diberi. Kaki pula bengkak, kemudiannya ada pula tanda rekahan di perut.
Bertenang cik puan, kerana…heiii!! Itu maknanya anda adalah insan terpilih!
Semasa mengandung, ramai wanita yang mengalami masalah kejang kaki terutama di kawasan betis yang kesakitannya kemudian berbekas sampai ke pagi dan tembus hingga ke hati. Di waktu malam terutama ketika sudah penat seharian dan ingin meluruskan badan di atas tilam empuk, tiba-tiba serangan berlaku. Ada ibu mengandung yang sehingga fobia untuk berbaring. Secara klinikalnya, terdapat beberapa sebab berlakunya bengkak kaki atau nama lainnya sembap. Mari kita fahami puncanya supaya tidak jadi sumber stress cik puan semua. Mari, kita lihat dari kacamata Ummi Su ya.
Antaranya:
- Semasa mengandung, seorang wanita mempunya lebihan sebanyak 40 peratus isipadu darah yang perlu dipam oleh system jantung yang sama (tidak menjadi bertambah kuat atau hebat) ke seluruh badan. Apabila wanita mengandung berjalan dan melakukan akiviti ketika siang, otot pada betis/kaki bertindak sebagai pam bantuan untuk mengepam darah kembali ke jantung. Kerja kuat tau otot betis cik puan kerana perjalanan darah balik ke jantung tu – melawan arus, anti graviti.
- Jadi, semasa aktif di siang hari, otot betis/kaki yang bagi sokongan pada jantung. Apabila berbaring di malam hari, jantung perlu bekerja lebih untuk pam pula darah ke otot kaki tadi (sebab dah berbaringkan). Pada keadaan seperti ini, cecair badan boleh membentuk seperti ‘takungan’. Peredaran darah pun berkurang, maka bengkaklah kaki dan kawasan terlibat terutama sekali dari buku lali ke bawah. Kasut apapun semua tak muat.
Lagu latar: Jangan menangis sayangku, ini hanyalah sementara, sambil simpan stiletto dalam almari.
Jadi, bagaimana cara atasi:
- Melakukan senaman regangan (stretching)- MUDAH dan PERCUMA. Tapi selalu dilupakan. Aktiviti regangan ringkas apabila bangun tidur dan ingin tidur.
- Dapatkan nasihat lanjut dari doktor anda. Kekurangan kalsium atau kekurangan potassium di dalam diet anda juga boleh menjadi puncanya.
- Pastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi dan berkualiti.