Hanya Yang Sibuk Ada Masa Untuk Bisnes Online

Pernah dengar tak? Hanya orang yang sibuk ada masa. Bisnes online? Mesti pernah dengar kan. Semua tak sempat nak buat. Tanpa disedari, kita banyak habiskan masa online dengan melihat content orang lain dan membantu mereka meningkatkan followers, viewers dan visibility kan? Asbab sibuk sangat tu, UmmiSu pilih perniagaan Shaklee. Mula-mula dulukan, tahun 2012, hanya boleh email kepada customer service- beri senarai barangan, kira jumlah yang perlu dibayar dan buat bayaran dan kepilkan resit dalam email tersebut. Lecehlah juga rasanya, tapi masa tu rasa dah mudah sangat dah. Ataupun, buat panggilan telefon, dan boleh pergi ambil barang yang ditempah di HQ Shaklee ataupun cawangan Shaklee. Dulu UmmiSu selalu pergi Empire Subang. HQ Shaklee di situ dulu.

Kemudian tu, sistem dinaiktaraf, sekarang ni kan, kalau pelanggan atau business partner buat tempahan produk Shaklee, contoh set Rahmah yang murah sangat tu, UmmiSu cuma perlu login sahaja ke website Shaklee- www.shaklee.com.my untuk buat pembelian. Alamat terus kepada alamat yang membeli. Mudahkan? Ada sahaja masa terluang, boleh je buat pembelian. Lepas difikirkan, UmmiSu nak share lah, apa yang seronok buat bisnes online ni? Seronok dan bisnes mudah!

  1. Fleksibiliti: Satu kelebihan besar dalam menjalankan bisnes secara online adalah fleksibiliti. Kita boleh mengatur jadual kerja yang sesuai dengan keperluan sendiri, dan dari mana-mana sahaja selagi ada sambungan internet. Memberikan kebebasan untuk mengatur bisnes mengikut gaya hidup kita sendiri. Best kan?
  2. Kebolehcapaian: Dengan bisnes dalam talian, kita boleh mencapai pasaran yang tidak terhad oleh batasan geografi atau kawasan tertentu, membolehkan kita menjual produk Shaklee kepada pelanggan di seluruh pelusuk dunia. Ini memberikan potensi untuk pertumbuhan bisnes yang lebih cepat dan lebih besar.
  3. Kos yang lebih rendah: Memulakan bisnes dalam talian boleh menjadi lebih murah berbanding dengan bisnes fizikal konvensional. Kita tidak perlu menyewa ruang fizikal atau membeli inventori dalam jumlah besar. Sebaliknya, kita boleh memulakan bisnes kita dengan kos yang lebih rendah (bulan April ni, RM99 je tau!) seperti membuat laman web (macam blog yang tuan/puan sedang baca ni) atau kedai dalam talian, instagram, tiktok, facebook page . Kos operasi juga boleh lebih rendah kerana anda tidak perlu menghadapi kos seperti sewa, utiliti, atau inventori.
  4. Keupayaan untuk beradaptasi dengan cepat: Bisnes dalam talian boleh beradaptasi dengan cepat terhadap perubahan pasaran atau tren. Kita  mudah melaksanakan perubahan tersebut secara dalam talian.
  5. Akses kepada pelanggan dan data: Melalui bisnes dalam talian, kita boleh mengumpul data pelanggan yang bernilai, seperti keutamaan pelanggan, tingkah laku membeli, dan maklum balas. Data ini boleh membantu kita membuat keputusan yang lebih baik dalam menguruskan bisnes kita tau!!
  6. Inovasi dan kreativiti: Bisnes dalam talian memberikan peluang untuk berinovasi dan berkreasi dalam hal pemasaran, reka bentuk, pengalaman pelanggan, dan banyak lagi. Kita boleh menguji idea baru dengan cepat dan mengadopsi teknologi baru untuk meningkatkan operasi bisnes kita.
  7. Hubungan dan kolaborasi: Bisnes dalam talian boleh memberikan peluang untuk terhubung dengan peniaga yang lain, berkolaborasi, dan berkongsi pengalaman. Kita juga boleh menyertai komuniti bisnes dalam talian, menghadiri acara atau seminar dalam talian, dan memperluas rangkaian anda untuk memperoleh pandangan dan sokongan. Dalam Shaklee, UmmiSu ada team bisnes yang best. Nanti UmmiSu cerita tentang ni ya!

Itulah beberapa kelebihan dan mengapa menjalankan bisnes online ini sesuai untuk kita semua kerana ianya bisnes mudah! Ingat, hanya orang sibuk yang ada masa.

Jom bisnes online dengan team UmmiSu! – Boleh klik link ni ya: htpps://tanyaummisu.wasap.my

 

pengedar shaklee klang, set cantik murah, set cantik selamat, bisnes online
Set rahmah Shaklee

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

1 thought on “Hanya Yang Sibuk Ada Masa Untuk Bisnes Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *