About

Saya Ummi Su Nor Ramli pengedar sah produk Shaklee. Sudah lebih 5 tahun saya sekeluarga menggunakan produk Shaklee dan sangat berpuas hati dengan hasilnya serta rasa selamat secara semulajadi. Sesuatu yang sangat penting lagi, saya juga telah berusaha untuk mengubah cara hidup saya kepada cara yang lebih sihat dan aktif hasil dorongan untuk berkongsi kebaikan dengan keluarga, rakan terdekat dan kenalan rapat. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar aktif dan kini saya sudah di peringkat ketiga iaitu senior supervisor. Jauh lagi perjalanan saya tapi, semuanyakan bermula dengan langkah pertama.

Apa yang menjadi keutamaan saya adalah pengguna yang sangat puas hati dan lebih sihat dan cergas. Atas sebab yang sama,  saya sangat mengutamakan kepentingan pengguna lebih daripada yang lain; dengan menitik beratkan kepentingan maklumat yang tepat serta tidak overclaim kebaikan produk seoptimum mungkin.

Tambahan pula, sebagai seorang ahli farmasi berdaftar, saya sangat teliti dengan keselamatan dan kesahan produk yang digunakan. Saya juga tidak bercadang untuk terlibat sementara waktu sahaja kerana penjagaan kesihatan adalah keutamaan dan minat saya. Anda tak perlu risau sekiranya saya “hilang” secara tiba-tiba. Pengguna yang tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan hanya akan merosakkan reputasi saya. Shaklee pun bukan baru setahun dua berada di pasaran. Sedaya-upaya akan saya berikan yang terbaik untuk anda semua. Kesihatan dan keceriaan anda amat bermakna bagi saya.

Temui saya di FaceBook, Instagram dan Pinterest. Sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, hubungi saya DI SINI.