3 Tips Mudah Untuk Kurus Dengan Cepat

3 Tips mudah untuk kurus dengan cepat. Kedengarannya mudah. Marilah Ummi Su kongsikan tips ini ya. Tapi, kita boleh baca tips, boleh hafal tips, boleh hadamkan tips. Yang utama, kena mula. Kena buat. Begitulah.

Cara kuruskan badan dengan cepat. Semua pun kita mahu cepatkan. Bagi Ummi Su sendiri, jauh perjalanan ini sebenarnya. Macam UmmiSu cerita sebelum ni, UmmiSu dulu berat 3 angka. Ya! 3 angka. Berat mata memandang berat lagi kaki yang menanggung, lutut lagi, semput lagi. Berhempas pulas untuk turunkan ke 2 angka dalam masa setahun setengah. Yelah kan, untuk top up  timbunan lemak dalam badan tu bukan sehari je. Dengan nasi lemak atau roti canai waktu paginya, tengahari nasi lauk suku suku sepinggannya, makan malam tak nak makan nasi tapi beli drive tru mekdinya. Haishhh nak turunkan tentu sahaja makan masa yang lamakan. Bukan tips je tau yang penting nak kurus dengan cepat ni, selain mula buat, istiqamah tu sangat penting.

Tips no 1: Taubat!

Kita dah aniaya sistem badan kita yang Allah kurnia sihat sejahtera ni dengan makan dan minum berlebihan. Penat sistem pencernaan kita, organ pernafasan kita, sistem hormon kita nak cope dengan kepelbagaian makanan yang kita makan. Jadi, taubat dulu ya. Serius ni. Taubat. Mohon Allah kurnia keampunan buat kita. Lepas taubat, pasang niat untuk cergas

 

Tips no 2: Ubah Gaya Hidup

Ubah gaya hidup. Kenapa kena ubah gaya hidup? I selesa dengan cara I ni, yang penting I happy! Ehhh!! kata nak kuruskan:? Yelah, corak pemakanan, bersenam, aktif, rajin puasa, ni semuakan gaya hidup! Tambah lagi satu! Minda yang sihat dan cerdas. Jangan asyik tengok bunga tapi nampak kelopak yang terkoyak sikit je. tapi tengoklah daun kering berguguran sebagai asbab untuk jadi baja pula pada pokok tu. Kiranya, jangan ikut lalat- asyik cari tahi sahaja. Jadi mcm lebah, fokus bunga nak dapatkan madu.

Tips no 3: Pilih Makanan Anda

Cari, cari, carilah, makanan anda betul-betul hei kawan! Haa..Sapa nyanyi sekali dengan UmmiSu?.Makan makanan yang betul-betul makanan. Ehhh…ada makanan yang bukan makanan ke? Ya ada.

Sausage,  patty daging atau ayam, nugget yang berjenis-jenis.

Susu pekat manis, coklat, air jus buah dalam kotak dan pati sirap atau pati buah yang semuanya tinggi kandungan gula dan lemak tepunya.

Itu semua penuh dalam peti ais Ummi Su dulu.

Ubahlah pada susu segar. Ubahlah pada makan ayam, daging, ikan, udang dan telur atau apa sahaja sumber protein yang segar. Banyakkan sayuran dan buah-buahan segar (bukan buah dalam tin). Orang sekarang kata real food. Real food!!

Kawan-kawan, tak rugi jika kita ambil makanan yang betul – betul makanan dan bukan makanan jadian yang kandungan nutrisi nya tu hampir nil dan ada pula bonus trans fat dan gula serta garam yang tinggi. Belum campur lagi segala jenis sos dan kicap, pewarna jadi-jadian lagi.

Buat 6 S untuk peti ais dan pantry anda

Sisih makanan jadi-jadian.

Susun makanan supaya hati tenang dan kita tahu apa yang ada dirumah. Elakkan pembaziran, amalan syaitan!

Sapu dan bersihkan tempat simpanan makanan, peti ais ke pantri ke

Seragam kan senarai membeli belah. Sesekali boleh ambil masa untuk teliti bahan-bahan makanan yang ingin dibeli, lain-lain tu, beli je bahan segar.

Sentiasa Amal ni penting. Istiqamah!

Set Kurus 1,2,3 ni ada offer tau April ni.

Kurus dengan cepat, tips kurus
Set Kurus 1,2,3

Jom kurus dengan cepat bersama team UmmiSu! – Boleh klik link ni ya: htpps://tanyaummisu.wasap.my

Jika anda perlukan bantuan, Ummi Su sedia membantu.

 

 

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *